Rabu, 18 Juni 2025

Mayat Terapung Bukan Penumpang MV CAS tapi Nelayan Malaysia Korban Kapal Karam

Administrator - Rabu, 26 Juni 2024 08:50 WIB
Mayat Terapung Bukan Penumpang MV CAS tapi Nelayan Malaysia Korban Kapal Karam
f-sinarharian
Penemuan jenazah beberapa waktu lalu bukan korban MV CAS melainkan nelayan Malaysia yang kapalnya karam
viralnasional.com -- Seorang lagi mangsa tragedi bot nelayan yang karam di Tanjung Segenting, lima hari lalu ditemui lemas di perairan Muar pada petang Selasa, menjadikan tiga nelayan telah dijumpai setakat ini.

Baca Juga:
Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mangsa Lee Pong Ling, 68, ditemui oleh Feri MV Mulia Kencana 20 yang dalam perjalanan dari Bengkalis, Indonesia ke Muar pada kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar Hopital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

"Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang lagi nelayan, Raud Darus@Hamid, 53, akan diteruskan oleh aset Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.

Sebelum itu, empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan terbalik dan tenggelam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Segenting, pagi Jumaat.

Pada Sabtu, mayat tekong, Chiah Kah Chong, 53, ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua.

Seterusnya pada Ahad, mayat nelayan yang dikenali sebagai Tan Hai Lian, 62, ditemui terdampar di Pantai Koris oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran. Hanya Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.***(shc)

SHARE:
Tags
beritaTerkait
Jatuh ke Laut, Penumpang Kapal MV CAS Warga Bengkalis Meninggal
Korban Kapal MV CAS yang Terjatuh ke Laut Ditemukan
Cuaca Buruk, Warga Bengkalis Penumpang Kapal MV CAS dari Malaysia  Terjatuh ke Laut
Korpolairud Tangkap Kapal Ikan Berbendera Malaysia di Perairan Kepri
komentar
beritaTerbaru